PUSPANITA Cawangan Kerja Raya (KKR) dengan kerjasama Roadcare (M) Sdn. Bhd. menganjurkan sebuah Program CSR ke rumah anak-anak yatim di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu.
Rombongan ini diketuai oleh Ybhg. Datin Seri Roslina Binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kerja Raya Malaysia (KKR) dan turut bersama dalam rombongan ini, Puan Nafisah Binti Abdul Aziz, Pengarah Teknikal Roadcare (M) Sdn. Bhd. bagi mewakili pihak pengurusan Roadcare (M) Sdn. Bhd. berserta 44 orang ahli PUSPANITA Cawangan KKR yang lain.
Sebelum rombongan bertolak ke Terengganu, sesi bacaan doa diadakan dan diketuai oleh Pengurus Wilayah Selangor Roadcare, Tuan Hj. Shahril Bin Munir diikuti dengan ‘Flag-Off’ oleh Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Turut hadir sama majlis pagi ini, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn. Bhd., Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar. Rumah – rumah anak – anak yatim yang dilawati ialah Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah, Kemaman dan Pusat Tahfiz Anak-Anak Yatim Al-Sidiqi Kg. Pengkalan Maras, Batu Rakit, Terengganu. Dalam lawatan ini turut disampaikan bantuan kewangan dan juga keperluan persekolahan.