Program Team Building bagi siri tahun 2024 dianjurkan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Protasco Maintenance bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kakitangan dibawah syarikat Protasco Maintenance yang merupakan komiti ERT telah berjaya mengikuti program yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 26 Jun 2024 – 28 Jun 2024.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah:
1 – Bagi meningkatkan keupayaan dan keyakinan diri serta kesabaran dalam menghadapi rintangan dalam apa jua situasi.
2 – Memupuk kerjasama dan juga persefahaman antara satu sama lain dalam sebuah organisasi.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Protasco Maintenance yang sudi turun padang dan turut serta dalam program ini bagi memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada semua peserta yang terlibat.
Terima kasih kami ucapkan kepada kesemua trainer yang terlibat serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.