Program Team Building Protasco Maintenance 2024

Program Team Building yang dianjurkan oleh Protasco Maintenance bagi Siri 1 dan Siri 2 telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 21 Februari 2024 – 23 Februari 2024 bagi Siri 1 dan 28 Februari 2024 – 01 Mac 2024 bagi Siri 2 bertempat di Kalumpang Resort & Training Centre, Selangor.

Team Building ini melibatkan seramai 76 orang peserta yang mana penyertaan turut terdiri daripada pihak pengurusan, pengurus-pengurus wilayah / kawasan dan eksekutif kanan setiap syarikat dibawah Protasco Maintenance.

Kesimpulan daripada kedua-dua siri yang telah berjaya dilaksanakan ini menunjukkan kepentingan mempunyai hubungan yang kukuh serta kesefahaman yang baik antara satu sama lain tanpa adanya batas perbezaan kedudukan atau syarikat berbeza. Asas inilah yang perlu ada agar dapat memacu prestasi syarikat ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Ketua Pegawai Eksekutif Protasco Maintenance, YBhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar adalah individu yang telah mengilhamkan program ini dan Cekal Kembara Adventure telah berjaya merealisasikannya.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam memastikan kejayaan program kali ini.