Program Team Building yang dianjurkan oleh Protasco Maintenance bagi Siri 1 dan Siri 2 telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 21 Feb 2024 – 23 Feb 2024 bagi Siri 1 dan 28 Mac 2024 – 01 Mac 2024 bagi Siri 2  bertempat di Kalumpang Resort & Training Centre, Selangor. Team Building Kumpulan  ini melibatkan seramai 76 orang peserta yang mana penyertaan turut terdiri daripada pihak pengurusan, pengurus-pengurus wilayah / kawasan dan eksekutif kanan setiap syarikat dibawah Protasco Maintenance.
Roadcare (M) Sdn Bhd telah menghantar seramai 58 orang peserta, Empayar Indera Sdn Bhd seorang (7) peserta, manakala DAL-HCM Sdn Bhd seramai empat (7) orang peserta dan Permint Granite-HCM Sdn Bhd seramai dua (4) orang peserta.
Kesimpulan daripada kedua-dua siri yang telah berjaya dilaksanakan ini menunjukkan kepentingan mempunyai hubungan yang kukuh serta kesefahaman yang baik antara satu sama lain tanpa adanya batas perbezaan kedudukan atau syarikat berbeza. Asas inilah yang perlu ada agar dapat memacu prestasi syarikat ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.
Ketua Pegawai Eksekutif Protasco Maintenance, YBhg. Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar adalah individu yang telah mengilhamkan program ini dan Cekal Kembara Adventure telah berjaya merealisasikannya.
Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam memastikan kejayaan program kali ini.