Port Dickson, 22 Februari – Protasco Maintenance telah mengadakan sebuah program latihan dalam pasukan ‘team building’ bertempat di Grand Lexis Port Dickson yang dihadiri oleh 65 orang terdiri daripada pihak pengurusan Protasco Maintenance.
Program ini bertujuan untuk memberi latihan pembinaan pasukan dalam menggalakkan kakitangan berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyelesaikan tugas dan menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi. Selain itu, latihan dalam pasukan juga dapat meningkatkan semangat dan dapat membantu memecahkan halangan antara pekerja dan memberi idea kepada pihak atasan tentang cara mengekalkan suasana yang harmoni di dalam pejabat.
Program tiga hari dua malam ini telah dirasmikan oleh Dato Wan Imran Bin Wan Omar, selaku Ketua Pengarah Eksekutif (Penyelenggaraan) Roadcare (M) SDN BHD.