Bagi memantapkan lagi pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke arah persijilan ISO 45001:2018, Roadcare telah menambahkan satu lagi sesi latihan iaitu ” Occupational Safety & Health Awareness”. Sesi ini bertujuan memberi tumpuan kepada meningkatkan pemahaman tentang keperluan undang-undang dan pematuhan di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, termasuk pindaan 2022. Pasukan kami amat komited dalam memahami tanggungjawab sebagai majikan dan pekerja serta kepentingan pendekatan proaktif terhadap kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
Semoga perjalanan Roadcare dalam menuju ke arah akreditasi Persijilan ISO 45001:2018 ini dapat dilaksana dengan jayanya.