“Majlis Akad Penyerahan Lembu Korban kepada YAB Perdana Menteri daripada Roadcare (M) Sdn Bhd sempena Aidiladha 2016 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 2 September 2016. Roadcare telah menyumbang sebanyak RM100,000.00 bersamaan dengan 26 ekor lembu.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan dengan lafaz akad oleh wakil syarikat, YB Dato’ Seri Muzaffar Syah Abd. Rahman, Pengarah Urusan Roadcare kepada YAB Perdana Menteri Malaysia”