Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2022 telah diadakan selama 3 hari bermula 19 Disember – 21 Disember 2022 bertempat Di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Tema sambutan pada kali adalah  “Mengungguli Teknologi, Melonjak Pembangunan”. HPTN 2022 telah disempurnakan perasmiannya secara maya oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia. Turut hadir Mantan Menteri Kerja Raya, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Sambutan HPTN 2022 dan juga meluangkan masa untuk melawat booth Roadcare. Pelbagai aktiviti dan acara yang menarik telah diadakan oleh pihak penganjur seperti pameran teknikal, pertandingan STEM, E-Sport, bicara teknikal, kempen derma darah dan lain-lain lagi.