Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 telah diadakan pada  4 dan 5 Disember 2023 bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Putrajaya yang bertemakan ” Profesion Teknikal Pemacu Pembangunan Malaysia Madani”. Pihak Roadcare sekali lagi telah diundang untuk menyertai sambutan ini sebagai pempamer . Sambutan kali ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Ramai pelawat telah mengunjungi reruai Roadcare yang mana pihak Roadcare menyediakan cenderahati dan juga minuman panas kepada pengunjung. Pelbagai aktiviti juga disediakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan lagi sambutan pada kali ini.