Bagi meraikan serta menghargai semua insan-insan hebat berjiwa cekal yang bergelar wanita, Sambutan Hari Wanita Sedunia bersama divisyen-divisyen Protasco Berhad telah diadakan di Protasco Multipurpose Hall, Unipark Suria, Kajang pada 8 Mac 2024.
Aktiviti utama yang dilaksanakan adalah pound stick exercise yang berjaya menarik minat penyertaan tidak hanya daripada kaum wanita tetapi turut mendapat penyertaan daripada kaum lelaki. Selain itu, terdapat cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik serta diadakan juga acara potong kek.
Terima kasih juga kepada Protasco Berhad mengadakan sambutan ini yang secara langsung dapat memperkukuhkan ikatan serta kesatuan kesemua staf-staf antara divisyen-divisyen di samping dapat mencipta momen-momen baharu.