Seminar Pengurusan Aset Menyeluruh 2025 yang bertemakan “Roadmap To Asset Excellent” telah berlangsung di Dewan Damar Sari, Putrajaya. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.
Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia dan YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya. Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada YB Menteri, YB Timbalan Menteri beserta delegasi ke reruai Roadcare diiringi Pengurusan Tertinggi Roadcare (M) Sdn Bhd.








