Penganjuran Persidangan Pegawai Kanan (SOC) Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia 2019 merupakan salah satu usaha meneruskan momentum transformasi jabatan dalam memperkasakan perkhidmatan kepada orang awam.

Objektif penganjurannya adalah untuk menyediakan forum bagi Pengurusan Atasan berkomunikasi dengan Pegawai Kanan berhubung dengan Visi, Misi dan Objektif JKR. Menyediakan platform bagi Pegawai Kanan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat secara kolektif dengan Pengurusan Atasan.

Persidangan ini akan di adakan di Hotel Equatorial, Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Mac 2019. Roadcare (M) Sdn Bhd dan QP Industries telah menyertai pameran kejuruteraan sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi bersama JKR demi menjayakan program tersebut.

YB Timbalan Menteri Kerja Raya; Tuan Hj. Anuar Tahir bersama-sama Ketua Pengarah Kerja Raya; Dato’ Sri Ir. Roslan Md Taha telah menyempurnakan majlis perasmian SOC JKR 2019 pada tahun ini.