Pada 12 Januari 2024 telah berlangsung Sesi Audit Luaran ISO 9001:2015 di Ibu Pejabat Kg. Pandan yang melibatkan setiap jabatan. Sesi audit ini dipengerusikan oleh Puan Nafisah Binti Abdul Aziz, Pengarah Teknikal Roadcare (M) Sdn Bhd. Sesi pengauditan telah dilaksanakan oleh En Frederick Low selaku auditor luaran dari LRQA Malaysia Sdn Bhd.
Alhamdulillah sesi audit ISO 9001: 2015 pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang NCR. Tahniah diucapkan kepada semua ketua-ketua jabatan dan juga kakitangan ibu pejabat Roadcare atas pencapaian ini. Semoga kita terus cemerlang di masa hadapan.






