Pada 26 Februari telah diadakan Sesi Libat Urus & Taklimat Pematuhan Spesifikasi Road Marking yang dianjurkan oleh pihak Roadcare (M) Sdn. Bhd. bersama pihak Pembekal bertempat di RCSB, Bangi.
Matlamat sesi ini adalah memastikan pembekal supaya menyediakan bahan garisan jalan (RL) yang berkualiti dan mematuhi kriteria garisan jalan yang ditetapkan oleh JKR Malaysia. Panel subkontraktor yang telah dilantik mestilah mendapatkan bahan RL yang memenuhi kriteria daripada pembekal yang diiktiraf.
Roadcare turut menjemput wakil daripada pihak SIRIM QAS International, Encik Muhammad Nurdin Ghazali Ab. Lathif, bagi berkongsi maklumat serta pencerahan berkaitan dengan ujian-ujian yang dijalankan ke atas bahan garisan jalan.