Pada 17 Januari 2024 bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan Pahang telah diadakan sesi libat urus dan taklimat pematuhan spesifikasi road marking bersama -sama dengan sub- kontraktor bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang berbangkit dan juga memberi panduan kepada sub-kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja road marking agar mematuhi spesifikasi dan juga piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Roadcare dan juga Jabatan Kerja Raya Malaysia. Dalam sesi ini juga pihak Roadcare telah menjemput pegawai daripada SIRIM Malaysia untuk bersama-sama dalam memberi taklimat dan juga panduan agar setiap kerja-kerja road marking dapat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di masa hadapan