Sesi Taklimat Dan Perkongsian – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp)

Satu sesi taklimat dan perkongsian berkaitan KWSP telah diadakan di Ibu Pejabat Roadcare, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2023. Sesi ini dianjurkan dengan usaha sama pihak EPF Kuala Lumpur dan sebahagian pegawai-pegawai telah menyertai untuk mendengar penerangan serta tidak ketinggalan juga mengambil kesempatan untuk mengajukan pertanyaan yang berkaitan.