Simposium Cerun Negara 2025 yang bertemakan “Way Forward – National Slope Master Plan” bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.
Turut hadir sama pada majlis perasmian ini ialah YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia; YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia dan YBrs. Tuan Ir. Mohamad Shahrom Bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya ( Sektor Infra). Sekalung penghargaan turut diucapkan kepada YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan Bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBrs Tuan Ir. Mohd Shaifuddin Bin Abdul Razak, Pengarah Cerun Jabatan Kerja Raya kerana sudi meluangkan masa melawat ke reruai Roadcare serta menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati.













