Sumbangan Bakul Ramadan Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan 2023

Majlis Sumbangan Bakul Ramadan telah diadakan di Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan Kg Pandan Kuala Lumpur pada 29 Mac 2023 bersamaan 7 Ramadan 1444H. Sumbangan ini adalah untuk ahli-ahli kariah kawasan tersebut seperti ibu-ibu tunggal, warga emas dan anak – anak yatim. Sumbangan adalah dari sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat Roadcare yang telah disampakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare iaitu Dato Wan Imran Bin Wan Omar dengan diiringi oleh Pengurus Besar Operasi Roadcare, En Nikifli Nurizan dan juga Pengurus Wilayah Selangor En Hj Shahril Bin Munir. Pada majlis tersebut turut dihadiri oleh Ajk-ajk masjid Nurul Islam.