1 April, Pulau Pinang – Kementerian Kerja Raya Malaysia telah mengadakan Sesi Tandatangan Perjanjian Tambahan Bagi Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia dan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Penarafan Bintang Kepada Syarikat Konsesi. Majlis ini telah berlangsung di Jen Hotel Penang Georgetown by Shangri-La, Pulau Pinang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Hj Wan Sulaiman merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya manakala bagi pihak Roadcare, (M) Sdn Bhd pula diwakili oleh Dato Wan Imran Bin Wan Omar, selaku Ketua Pengarah Eksekutif (Penyelenggaraan) Roadcare (M) Sdn Bhd.