Program Roadcare Biodiversiti 2.0 - Roadcare Bersih Pantai! Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu

Roadcare (M) Sdn Bhd, melalui Program CSR Biodiversiti, telah menganjurkan aktiviti gotong-royong pembersihan pantai di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman, Terengganu, melibatkan 90 kakitangan syarikat, termasuk pihak pengurusan. Aktiviti ini bertujuan menyokong inisiatif pemeliharaan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemuliharaan ekosistem pesisir pantai.

Melalui program ini, Roadcare (M) Sdn Bhd terus komited untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, memperkukuhkan hubungan komuniti, dan menanamkan kesedaran tanggungjawab sosial terhadap persekitaran.