Program Roadcare Biodiversiti 1.0 - Roadcare Cakne Penyu! Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah Kerteh, Terengganu

#teamroadcare berjaya melaksanakan Program Biodiversiti bertemakan Roadcare Cakne Penyu dengan kerjasama Ma’Daerah Turtle Sanctuary. Sebanyak 1300 ekor anak penyu telah dilepaskan oleh peserta dari Ibu Pejabat, serta wakil dari Roadcare Pejabat Wilayah Terengganu dan Pejabat Kawasan Kerteh.
Program ini seiring dengan komitmen Roadcare dalam menerapkan prinsip Environment, Social & Governance (ESG), khususnya di bawah kategori Sustainable Development Goals (SDG) 12 – Life Below Water. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab terhadap pemuliharaan spesies penyu tempatan yang semakin terancam, selain memberi kefahaman tentang kepentingan mengekalkan spesies ini dan mendedahkan peserta kepada masyarakat yang lebih cakna terhadap kelestarian alam sekitar, terutamanya ekosistem marin.

Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn Bhd, YBhg Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar, turut menyerahkan mockup sumbangan kepada wakil Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah, Encik Abd Halim bin Mat Noor, Ketua Daerah Perikanan di Jabatan Perikanan Kemaman.
“With a big embrace, we can make the world a better place.”