Majlis “Flag Off” Misi Bantuan Banjir KKR dan Agensi telah berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya dan disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya. Misi ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Bunohan dan Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan. Sebagai tanda keprihatinan, Roadcare turut serta dalam Program Bantuan Banjir yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan.