PUSPANITA Cawangan Kerja Raya (KKR), dengan kerjasama Roadcare (M) Sdn. Bhd., telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menghulurkan bantuan kepada rumah anak-anak yatim di Kemaman dan Kuala Terengganu. Program ini diketuai oleh Ybhg. Datin Seri Roslina Binti Mior Adlan, Pengerusi PUSPANITA KKR, bersama Puan Nafisah Binti Abdul Aziz, Pengarah Teknikal Roadcare, serta 44 ahli PUSPANITA KKR.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Hj. Shahril Bin Munir, Pengurus Wilayah Selangor Roadcare, diikuti dengan ‘Flag-Off’ oleh Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare (M) Sdn. Bhd., Dato’ Wan Imran Bin Wan Omar.
Rombongan ini melawat Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah di Kemaman dan Pusat Tahfiz Anak-Anak Yatim Al-Sidiqi di Batu Rakit, Terengganu, menyampaikan bantuan kewangan dan keperluan persekolahan bagi meringankan beban anak-anak yatim. Program ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak terhadap tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan.